Cara-Cara Memanfaatkan Masa Cuti Sekolah

Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah.

Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah.

Pendahuluan

Cuti sekolah merupakan masa yang amat ditunggu-tunggu oleh murid-murid sekolah termasuk diri saya setelah melalui tempoh pembelajaran yang agak panjang di sekolah. Rutin harian saya yang perlu hadir ke sekolah 5 hari seminggu serta perlu menyelesaikan pelbagai latihan dan tugasan pelbagai mata pelajaran yang dipelajari di sekolah menyebabkan saya memerlukan rehat atau masa luang untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi. Cuti sekolah membolehkan saya merancang jadual harian saya sendiri dengan melakukan aktiviti atau perkara yang berfaedah kepada diri sendiri ataupun keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang bermanfaat yang boleh saya lakukan pada masa cuti sekolah.

Ayat Topik

Membantu ibu bapa di rumah

Ayat Huraian

Banyak  perkara yang boleh  dilakukan di rumah bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam menguruskan rumah tangga.

Ayat Contoh

Menolong ibu mengemas di dalam rumah seperti menyapu, mengemas bilik dan perabot rumah, memasak atau menolong ibu menguruskan adik-adik. Membantu bapa mengemas kawasan sekeliling rumah atau membantu bapa di kebun atau kerja-kerja lain yang dilakukan oleh ibu bapa.

Ayat Kesan

Dapat meringankan beban tugas ibu bapa dalam menguruskan rumah tangga. Ibu bapa akan berasa gembira dan senang hati apabila saya ringan tulang  membantu mereka membuat kerja-kerja rumah atau urusan seharian mereka.

Ayat Penegas

Konklusinya, urusan rumah tangga akan menjadi lebih mudah apabila sebahagian kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ibu atau bapa telah saya lakukan.

Ayat Topik

Bekerja sambilan

Ayat Huraian

Masa cuti boleh dimanfaatkan dengan membuat kerja sambilan.

Ayat Contoh

Pelbagai kerja sambilan yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah. Menjadi pembantu jualan di kedai pakaian, pembantu kedai di kedai runcit atau mengambil upah memotong rumput antara kerja sambilan yang boleh saya lakukan ketika cuti sekolah.

Ayat Kesan

Kerja sambilan yang dilakukan membolehkan saya mendapat wang hasil titik peluh dan usaha saya sendiri. Melalui wang yang diperoleh saya dapat membeli barang yang saya ingini tanpa mengharapkan wang daripada ibu bapa. Saya juga dapat memperoleh pengalaman bekerja, memahami etika dan tatacara yang perlu dipatuhi semasa bekerja dan menurut arahan dan skop kerja yang diarahkan oleh majikan.

Ayat Penegas

Izharnya, bekerja semasa cuti sekolah membolehkan saya mengumpul duit sendiri dan dapat menimba pengalaman yang berguna kepada saya untuk digunakan pada suatu masa kelak.

Ayat Topik

Menyertai pelbagai kem motivasi dan pembangunan sahsiah diri

Ayat Huraian

Masa cuti sekolah perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah kepada diri sendiri. Terdapat pelbagai kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh pelbagai pihak semasa cuti  sekolah. Terdapat kursus yang dianjurkan secara percuma kepada murid-murid sekolah. Tidak kurang juga kursus yang ditawarkan mengenakan sedikit bayaran kepada para peserta.

Ayat Contoh

Pelbagai kursus yang diadakan termasuklah kursus pembentukan sahsiah diri seperti kem ibadah, kem bina diri remaja dan kem motivasi diri. Semua kem yang diadakan mempunyai pelbagai objektif khususnya dalam membina sahsiah diri remaja kini. Saya akan menggunakan masa cuti sekolah dengan menyertai kem ibadah dan kem motivasi diri.

Ayat Kesan

Terdapat  pelbagai  kebaikan  apabila  menyertai  kem-kem  yang  diadakan.  Kem  motivasi  diri membolehkan saya meningkatkan keyakinan diri dan menetapkan hala tuju impian saya dalam kehidupan.  Kem-kem  yang  berbentuk  agama   pula  membolehkan  saya  meningkatkan  tahap pengetahuan saya dalam bidang agama untuk membolehkan saya menjadi insan yang lebih bertakwa bak kata peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain iaitu ilmu yang diperoleh melalui kem yang disertai akan menjadikan diri saya lebih berilmu.

Ayat Penegas

Sudah terang lagi bersuluh, masa cuti yang dimanfaatkan dengan menyertai pelbagai kem  motivasi dan sahsiah diri membolehkan saya menjadi insan yang lebih baik kepada keluarga, rakan-rakan dan agama.

Ayat Topik

Mengikuti kelas tuisyen dan kemahiran.

Ayat Huraian

Cuti sekolah tidak bermaksud saya boleh melupakan segala perkara yang berkaitan dengan pelajaran saya di sekolah. Kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru sebelum cuti sekolah perlu saya siapkan ataupun saya perlu mengulang kaji pelajaran. Persediaan untuk menghadapi peperiksaan perlu dilakukan walaupun pada masa cuti sekolah. Saya juga akan menyertai kelas-kelas kemahiran diri.

Ayat Contoh

Bagi memastikan saya bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM, saya akan menyertai kelas-kelas tuisyen yang diadakan oleh guru-guru pakar pada masa cuti sekolah. Saya juga akan menyertai kelas-kelas kemahiran seperti kelas kemahiran menjahit atau memasak yang biasanya dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ayat Kesan

Melalui kelas-kelas tuisyen yang disertai, saya akan mendapat tip-tip yang berguna ketika saya menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan SPM nanti. Guru-guru tuisyen lazimnya akan memberi pelbagai panduan kepada murid-murid untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dan tip-tip yang diberikan mungkin sedikit berbeza berbanding tip atau panduan yang diberikan oleh guru di sekolah. Penyertaan dalam kelas-kelas kemahiran pula dapat memberi pengetahuan yang berguna untuk keperluan hidup saya pada masa depan bak kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan.

Ayat Penegas

Jelaslah, penyertaan saya dalam kelas-kelas tuisyen dan kelas kemahiran diri amat berguna kepada diri saya dan merupakan aktiviti bermanfaat semasa cuti sekolah.

Ayat Topik

Melancong bersama keluarga dan menunaikan umrah

Ayat Huraian

Masa cuti boleh dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti melancong di dalam negeri atau di luar negara. Hal ini bergantung kepada kemampuan diri seseorang. Selain itu, masa cuti sekolah juga boleh dimanfaatkan dengan melakukan ibadah.

Ayat Contoh

Sebagai contoh, saya akan memanfaatkan masa cuti sekolah dengan mengajak keluarga saya melancong ke tempat-tempat menarik di negara kita. Tempat-tempat yang dilawati pula tidaklah terlalu jauh dari tempat tinggal saya memandangkan latar belakang saya daripada keluarga sederhana. Jika kewangan mengizinkan, saya dan keluarga akan menunaikan umrah di Mekah.

Ayat Kesan

Melalui aktiviti melancong bersama keluarga, hubungan kekeluargaan akan menjadi bertambah erat kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan secara bersama-sama. Aktiviti melancong juga membolehkan saya dan keluarga mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu tentang sesuatu tempat di samping dapat mengenali pelbagai budaya yang diamalkan masyarakat setempat bak kata peribahasa jauh berjalan banyak pengalaman. Peluang menunaikan umrah di Mekah pula akan menjadikan saya sekeluarga lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Ayat Penegas

Jelaslah bahawa aktiviti melancong atau menunaikan umrah merupakan aktiviti bermanfaat yang boleh saya lakukan semasa cuti sekolah dan memberi pelbagai kebaikan kepada diri saya sekeluarga.

Penutup

Murid-murid perlu memanfaatkan masa cuti sekolah dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Dapat menghalang murid-murid terlibat atau terjebak dengan perlakuan atau perbuatan negatif seperti melepak, terlibat dalam aktiviti lumba haram atau penyalahgunaan dadah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s